Pakar keselamatan Australia mahu haram lelaki memandu sebelum umur 21

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar; Driving School WA
Sekumpulan pakar keselamatan jalan raya New South Wales, Australia mahu golongan lelaki diharamkan untuk mendapat lesen memandu sehinggalah mereka mencapai umur 21 tahun.

Cadangan itu telah pun dihantar kepada kerajaan New South Wales dan menegaskan lebih banyak perkara perlu dibuat bagi menangani dan mengurangkan kadar kematian jalan raya, terutama di kalangan remaja lelaki.

Profesor Emeritus Ann Williamson dari Australian College of Road Safety memberitahu The Guardian, pemandu dibawah usia 25 tahun di New South Wales menyumbang kira-kira 25 peratus daripada jumlah kemalangan, walaupun golongan itu hanyalah 15 peratus sahaja daripada jumlah pemandu di negeri itu.
 

ujian


"Golongan pemandu muda amat mudah terdedah kepada risiko kemalangan untuk tempoh enam bulan pertama selepas mendapat lesen memandu. Ia bukanlah disebabkan oleh kelalaian pihak  berkuasa dan pembuat keputusan dasar, dan terdapat juga sekatan terhadap golongan pemandu muda yang kurang berpengalaman...namun itu semua tidak cukup. Jelas sekali tidak mencukupi.

"Tidak dapat dinafikan, sesetengah pemandu baharu memandu jauh lebih baik berbanding orang lain.

"Remaja lelaki muda, mungkin mereka perlu berusia 21 atau 22 tahun bagi melayakkan mereka mendapat lesen. Ini adalah perkara yang sangat kontroversi, namun ini semua perkara yang perlu dipertimbangkan," jelas Williamson lagi.

Setakat ini, tiada sebarang maklum balas daripada kerajaan New South Wales berhubung cadangan untuk mengubah sistem perlesenan kenderaan ini.

Namun, perdana menteri NSW, Dominic Perrotet ada meminta pandangan berhubung had bilangan penumpang yang patut ada di dalam sesebuah kenderaan yang dipandu oleh pemegang lesen P.

Sumber: The Guardian

Berita Berkenaan

Berita Global
Diumumkan pada Jun lalu dalam pembentangan Bajet Negeri 2021-22 dengan kos sekitar AU$490 juta (RM1…