Pakar talaan percaya enjin B58 pada GR Supra mampu tampung sehingga 1,000 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
Dengan kehadiran beberapa contoh modifikasi terhadap Toyota Supra yang sikit demi sedikit membanjiri garis masa, ia seakan memberikan nafas lega kepada Toyota.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana mereka sebenarnya meletakkan satu masa hadapan yang cukup sukar apabila membuat keputusan untuk bekerjasama dengan BMW bagi menghasilkan Supra generasi baharu. 

Ditambah pula dengan kehadiran para peminat sejati yang tidak mahukan sebuah Supra dengan nadi BMW, namun pada hakikatnya mereka hanyalah pahlawan papan kunci yang berlindung di sebalik skrin komputer. 


 


Toyota GR Supra (Supra A90) atas kertas mampu menjana 335 kuasa kuda walaupun mengikut data dyno yang diterbitkan Supra sebenarnya mampu menjana lebih kuasa daripada angka tersebut. 

Namun, menurut kenyataan salah seorang pakar talaan enjin, enjin B58 dari BMW itu sebenarnya mampu mencecah sehingga empat angka!

PapadakisRacing sanggup membeli sebuah Toyota Supra dengan enjin 3.0 liter turbo itu dan merancang untuk menaikkan kuasa kuda sedia ada kepada 1,000 kuasa kuda sekurang-kurangnya. 

Enjin B58 tersebut kemudian dileraikan satu demi satu untuk dianalisa dan berdasarkan video tersebut menunjukkan nadi BMW tersebut dikatakan mampu untuk menampung kenaikan kuasa yang ekstrem - namun dengan satu persoalan, adakah ia sama dengan nadi 2JZ yang diagung-agungkan itu? 


 


Tolak ketepi isu tersebut, apa yang pasti Toyota Supra bakal menjadi pusat tumpuan dan perhatian terutama di acara-acara besar seperti Tokyo Motor Show (dan Tokyo Auto Show) yang pastinya akan dibanjiri dengan barisan penala dan komponen prestasi tinggi untuk dipilih.

Masih ingat ketika Nissan GT-R, dan Toyota GT86 suatu ketika kedua-dua model ini menjengah dunia? 

Ya, situasi yang sama kami akan jangkakan untuk Toyota Supra. 

Berita Berkenaan

Informasi
Dan ramai yang tahu, Yamaha merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan kepada penghasilan motosikal…