Pakatan strategik Ford-Volkswagen - VW bakal jual trak pikap Ranger

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu laporan yang diperoleh daripada Reuters, pengeluar Ford dan Volkswagen kini sedang meneroka kerjasama strategik dalam usaha untuk mengurangkan kos pembangunan model-model baharu pada masa akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi kerjasama ini, syarikat Blue Oval dilihat mahu meningkatkan tahap keuntungan mereka di samping mengurangkan kos pembangunan sesebuah model sebagaimana amalan lazim para pengeluar pada masa kini. 


Perbincangan awal bersama Volkswagen memfokuskan kepada pembangunan kenderaan komersil dan sekiranya ia berjalan lancar, Ford akan memberikan VW akses kepada trak pikap Ranger dan van Transit bagi menggantikan model trak pikap Amarok dan Transporter. 

Selain daripada itu, Ford juga kini sedang mengintai peluang bersama Mahindra bagi membangunkan kenderaan elektrik, SUV kompak dan SUV bersaiz sederhana di atas platform yang dibangunkan bersama-sama. 
 


Kerjasama itu juga turut mempertimbangkan pilihan perkongsian sistem pacuan kuasa membolehkan enjin-enjin daripada Mahindra bakal diaplikasikan pada kenderaan Ford pada masa akan datang. 

Pun begitu, kedua-dua berita ini timbul di saat desas desus tidak menyenangkan yang menyatakan Ford kini sedang merancang untuk menutup beberapa kilang pemasangan dan mengurangkan bilangan pekerja mereka. selain daripada perancangan untuk menghentikan pengeluaran C-Max, S-Max, Mondeo dan Galaxy. 

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…
Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…