Pakej aksesori ori untuk Honda Accord dilancarkan di Jepun - macam-macam ada!

oleh Mohamad Hanif|
Sudah kira-kira dua bulan selepas pelancaran Honda Accord di Jepun, Honda kini menawarkan pelbagai variasi aksesori original buat para pemilik sedan segmen D tersebut dibawah jenama divisyen 'Access'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakej penggayaan tersebut terdiri daripada penawaran kit badan merangkumi lower skirt untuk kedua-dua bumper hadapan dan belakang, serta gril hadapan yang memiliki tanda harga yang serupa.

Penampilan sporti itu boleh diteruskan dengan penambahan skirt sisi, spoiler trunk lip dan emblem Honda berwarna hitam.

 

 


Tidak gemar dengan rim asal Honda Accord? Anda boleh menghukum buang daerah set rim tersebut dan gantikannya dengan set rim baharu aluminium bersaiz 18 inci pada harga 46,200 yen manakala saiz 19 inci pula berharga 49,500 yen.

Tidak cukup dengan itu, anda boleh menempah kemasan aluminium dengan tambahan harga 16,500 yen.

 

 


Apa lagi yang perlu ditambah?

Side step garnish untuk baris pertama dan kedua kereta ini dengan harga bermulad ari 36,000 yen, set lampu projeksi bercorak, lampu paddle, iluminasi poket pintu, tiga kemasan ruang kargo yang berbeza serta kotak kargo untuk penyimpanan barang.

 


Berikut merupakan senarai aksesori beserta harga jualan di Jepun

Lower skirt bumper - 44,000 yen (RM1,768)
Gril hadapan - 44,000 yen (RM1,768)
Skirt sisi - 66,000 yen (RM2,680)
Spoiler trunk lid - 44,000 yen (1,768)
emblem Honda - 7,700 yen (RM313)
rim 18 inci - 46,200 yen (RM1,876)
rim 19 inci - 49,500 yen (RM2,010)
kemasan rim aluminium -  16,500 yen (RM670)
side step garnish - 36,000 yen (RM1,462)
lampu projeksi bercorak - 33,000 yen (RM1,340)
lampu lopak - 22,000 yen (RM893)
lampu iluminasi poket pintu - 11,000 yen (RM447)

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya ialah pek SP Pro yang merangkumi sistem suspensi Nitrocharger untuk…
Pelancaran
Pakej tersebut dimulakan dengan kit badan berharga RM2,500 merangkumi item berikut: kit bampar…
Berita Domestik
Terdapat sehingga empat pakej aksesori menarik ditawarkan kepada pelanggan dan turut hadir dengan…