Pakej GearUp untuk Perodua Ativa 2021

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pelancaran rasmi Ativa, Perodua juga dalam masa yang sama turut memperkenalkan pakej aksesori GearUp yang dikhususkan untuk menaikkan lagi seri model baharu Perodua ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakej tersebut dimulakan dengan kit badan berharga RM2,500 merangkumi item berikut:

  • kit bampar hadapan
  • kit bampar belakang
  • skirting sisi
  • spoiler belakang

 


Selain daripada itu, Perodua GearUp juga menawarkan pelindung tempat duduk yang diperbuat daripada bahan PVC dengan layangan warna dua tona merah dan hitam, serta kemasan jahitan berwarna merah.

Antara penambahan aksesori lain termasuklah:

  • scuff plate beriluminasi (RM250)
  • visor pintu (RM160)
  • alas kaki (RM140)
  • pelindung bampar belakang (RM140)
  • insulasi pada hud enjin (RM80)
  • sistem pencahayaan lantai (RM240)
  • jaring barangan (RM30) dan luggage tray (RM100)

 


Tidak ketinggalan, bagi mereka yang mahu meningkatkan tahap keselamatan boleh mendapatkan barangan seperti tempat duduk kanak-kanak (RM975), perakam video pemanduan (RM500), serta sistem pemantauan tekanan tayar TPMS (RM430).

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia membawakan nadi empat silinder sebaris aspirasi natural 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mampu menjana…
Berita Global
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian yang…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek kejadian…