Pakej Pas Perjalanan My50 ganti My30

oleh HEZERI SAMSURI|
Prasarana Malaysia Berhad telah mengumumkan bahawa pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 akan menggantikan pas My30 bermula Januari 2022 nanti.

Peningkatan RM20 itu masih murah kerana pengguna boleh menggunakan pas itu untuk perjalanan tanpa had selama sebulan bagi perkhidmatan rel dan bas oleh Prasarana di Lembah Klang untuk tempoh 30 hari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pas perjalanan My30 bernilai RM30 itu berakhir pada 31 Disember ini dan digantikan dengan My50, selaras dengan Bajet 2022. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pas ini terbuka hanya untuk warganegara sahaja.

"Kerajaan memperuntukkan RM115 juta untuk subsidi ini bagi menampung kos operasi Prasarana dalam menyediakan insiatif itu," ujarnya.

Pulau Pinang turut menerima habuan yang sama di mana Pas Mutiara My50 boleh digunakan untuk bas henti-henti oleh Rapid Penang.

"Sayangnya, kemudahan ini belum boleh digunakan untuk Rapid Kuantan," tambah Ka Siong.

Insentif ini mampu untuk mengalihkan fokus orang ramai agar lebih menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kenderaan peribadi yang akan menambah kesesakan lalulintas dan mencemarkan alam semulajadi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Prasarana…
Berita Domestik
Berdasarkan analisa oleh pakar teknikal Rapid Rail dan pihak OEM Thales Group, pihak APAD telah…
Informasi
  "Kami melihat tidak adil jika seminggu tidak boleh guna (LRT) tetapi tetap membayar. Tempoh sah…