Pameran "Game Changers" Ferrari dibuka, sambut semangat Prancing Horse

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Semenjak ditubuhkan, syarikat pengeluar kereta jenama Itali, Ferrari sememangnya terkenal dengan semangat dan fokus ke arah masa depan dan inovasi yang didorong oleh pengasasnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Semenjak debut kereta pertamanya iaitu 125 S pada tahun 1947 yang dikuasakan enjin 1,500 cc V12, Ferrari telah melakar sejarah dan memberikan impak yang besar dalam dunia automotif.

 

2

 

Bagi menceritakan kejayaan sepanjang zaman tersebut, Ferrari telah membuka pameran Game Changers yang bertempat di Museo Enzo Ferrari, Modena.

Pameran itu membawa pengunjung dalam perjalanan penerokaan model Ferrari yang paling revolusioner bersama reka bentuk futuristik, teknologi paling inovatif yang diguna pakai dalam persaingan dan kereta GT, serta prestasi cemerlang yang disampaikan oleh penyelidikan dan pembangunan tanpa henti.

 

3

 

Pameran tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu reka bentuk, teknologi dan prestasi.

Pada bahagian reka bentuk, pengunjung dapat menyaksikan model 375 MM yang direka oleh Pinin Farina pada tahun 1952, di samping model pertama Barchetta dengan badan aluminium iaitu 166 MM.

 

4

 

Pada bahagian teknologi pula, Ferrari menampilkan model 400 Automatic, yang merupakan model Grand Tourer 2+2 dengan transmisi automatik pertama pada tahun 1976.

Bahagian tersebut turut menampilkan jentera single-seater pertama Ferrari yang dilengkapi dengan transmisi elektrohidraulik.

 

6

 

Pada bahagian prestasi, pengunjung dapat menikmati kecantikan beberapa jentera berprestasi seperti 365 GT4 BB 1973, model GT berlinetta dengan mid-engined V12 180 darjah pertama.

Bahagian prestasi turut menampilkan model pertama Ferrari yang dihasilkan khusus untuk kegunaan litar, iaitu Ferrari FXX 2005.

 

7

 

Pameran tersebut turut menampilkan hasil bersejarah Ferrari yang terkini, iaitu Purosangue yang merupakan SUV pertama syarikat Prancing Horse.

Pameran Game Changers yang bertempat di Museo Enzo Ferrari, Modena itu akan diadakan selama setahun bermula dari 18 Februari 2023 sehingga 17 Februari 2024.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…