Pameran Neta V di IOI City Mall Putrajaya - tawaran istimewa untuk pembeli EV!

oleh HEZERI SAMSURI|
Neta V, kereta kompak elektrik dari China itu telah dilancarkan ke pasaran tempatan secara rasmi pada bulan Mei lalu dan kini ia dalam siri jelajah untuk memudahkan bakal pembeli melihatnya dengan lebih dekat.

Pameran tersebut akan berlangsung di IOI City Mall bermula pada hari ini sehingga 29 Oktober.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harga jualan Neta V ialah RM99,800 dan pembeli akan menerima baucar tunai bernilai RM10,000, selain dari dua pakej pembelian menarik.

Menurut sumber Careta, pakej tersebut ialah bayaran ansuran percuma untuk lima bulan (terhad sehingga RM5,000) atau pengecaj dinding dan bodykit percuma.

 

 

Neta V datang dengan bateri Lithium-Ion berkapasiti 38.5 kWh buatan CATL, dengan kuasa 94 hp dan 150 Nm. Ia mempunyai jarak gerak sejauh 380 km NEDC dan kelajuan maksimum 120 kmsj.

Selain dari itu, ia mempunyai pengecaj AC sehingga 6.6kW dan pengecaj DC sehingga 100kW.

Tonton video pandu uji Careta di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Pelancaran
Sempena pelancaran tersebut, Intro Synergy kini menawarkan tawaran baucar tunai RM10,000 untuk…
Berita Domestik
Kerjasama dengan Hozon New Energy Auto Co Ltd, yang merupakan pemilik jenama NETA akan berkuat…