Panasonic bakal hasilkan bateri baharu Tesla

oleh HEZERI SAMSURI|
Laporan terkini dari Nikkei Asia mendapati Tesla akan terus menggunakan khidmat rakan teknikalnya, Panasonic untuk membina sel-sel bateri generasi mereka.

Terdahulu, Tesla berkata mereka akan membina bateri sendiri tetapi nampaknya bukti-bukti terbaharu menunjukan Panasonic akan terus menghasilkannya juga.

Bateri format 4680 itu menggunakan "resipi" terbaharu Tesla dan menghasilkan 5 kali ganda tenaga, 16 peratus lebih jauh untuk jarak perjalanan dan 6 kali lebih berkuasa dari bateri-bateri format lama Tesla.

Menurut Nikkei Asia, Panasonic akan memulakan pengeluaran bateri itu awal tahun hadapan.

Selain dari Panasonic, Tesla juga menggunakan LG Chem dari Korea dan CATL dari China untuk memberikan bekalan bateri bagi penghasilan kenderaannya.

Careta menjangkakan bahawa ketiga-tiga syarikat itu akan menghasilkan bateri bagi menampung keupayaan kilang Tesla untuk menghasilkan kenderaan elektrik sepantas mungkin.

* Laporan lengkap di Electrek

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut kenyataan State Administration for Market Regulation (SAMR) di China, Tesla akan memanggil…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…
Berita Domestik
Antara keperluan yang perlu dilakukan oleh Tesla ialah memasang sekurang-kurangnya 50 Supercharger…