Pandang kami sebagai atlet! Kenapa pelumba motosikal dipinggirkan oleh MSN?

oleh SALINA JALIL|
Semalam pengarang dari NSTP, Sukhairi Thani telah menyuarakan pandangan beliau tentang sukan permotoran di negara kita.


Kali ini, juara keseluruhan kelas ASB1000cc 2019 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Azlan Shah Kamaruzaman pula memberi pandangan beliau.

Kami juga atlet, luahan pelumba negara yang mahu keringat pelumba turut diangkat seperti mana atlet sukan lain di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sepanjang kariernya bergelar pelumba, Azlan, 35, melihat sukan permotoran terutamanya dua roda seperti kurang diberi perhatian terutamanya daripada sudut sokongan tambahan daripada pihak berwajib.

 

“Atlet (pelumba) sukan permotoran ini juga atlet... sama seperti yang lain. Kami (pelumba) buat perkara yang sama juga, berlatih dan berjuang tetapi kami seperti kurang diberi perhatian.

 

“(Sebagai contoh), kenapa atlet lain dapat memasuki Majlis Sukan Negara (MSN), kenapa kami susah?. Tak diberi peluang atau bagaimana?.

 

“Kalau dibandingkan dengan negara lain sekalipun... mereka ada menerima sokongan daripada kerajaan.

 

“Mereka diberi sokongan daripada sudut kewangan seperti elaun dan banyak lagi. “Kita di sini, seperti tidak ada sangat.”

 

Malah, Azlan yang pernah beraksi dalam kelas Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia selama dua tahun pada 2014 dan 2015 turut membangkitkan kebimbangannya terhadap kebajikan pelumba terutama selepas tamat karier. “Tamat (karier) pelumba pun tak jadi apa.

 

Lihat saja kepada ‘otai-otai’ (bekas pelumba), semuanya tak ada apa-apapun yang mereka dapat, paling tidak buka bengkel.

 

 

 

“Saya rasa memang jadi pelumba di Malaysia ini tak ada apa-apa pun (kelebihan).

 

“Kalau nak cerita mengenai sukan lain pun, mereka juga ada kesusahan tersendiri.

 

“Tapi masalahnya kami ini lagi kosong, tak ada apa-apa. Jadi kami juga perlukan sokongan, kami juga nak dipandang sebagai atlet Malaysia.

 

“Sebab apa?. Sebab kami juga berjuang untuk negara apatah lagi membawa motosikal yang lebih banyak risikonya, patah (anggota badan).

 

“Jadi bagi saya, kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk pelumba seperti kami,” kata Azlan.

 

 

Antara insentif yang diterima atlet:

1. Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM)

2. Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja (SHAKAR)

3. Skim Galakan Jurulatih (SGAR)

4. Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (SIKAP)

5. Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO)

6. Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO)

 

Pendidikan

• Program 'Malaysian Athlete Career and Education (MACE) - membolehkan atlet dan bekas atlet merancang masa depan dalam pembelajaran

 

Kebajikan

 

• Skim Kebajikan Atlet Kebangsaan (SKAK)

• Bantuan Khairat Kematian

• Bantuan Perubatan

• Bantuan Bencana Alam

• Bantuan Kewangan Lain

 

Kauseling

 

• Kaunseling Individu/peribadi

• Kaunseling Keluarga/Rumahtangga/Perkahwinan/Pra-Perkahwinan

• Kaunseling Kerjaya/Akademik-Kaunseling Kelompok

• Kaunseling Trauma-Inventori Psikologi

• Perkhidmatan Maklumat dan Sebagainya

• Ujian Psikologi

 

 

Careta berpendapat sudah sampai masanya KBS meneliti perkara ini!

 

Sumber: Berita Harian 

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Inisiatif tersebut membolehkan semua golongan peminat sukan permotoran untuk merasai pengalaman…
Berita Domestik
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata peruntukan yang dibentangkan kerajaan terdahulu pada…