Pandemik Covid-19 - Hamilton sedia potong gaji RM197 juta

oleh SALINA JALIL|
Lewis Hamilton dilaporkan sedia mengurangkan gaji untuk terus kekal bersama Mercedes sehingga penghujung musim depan tetapi pemandu Britain itu mahukan bonus dua kali ganda jika muncul juara dunia.


Pelumba berusia 36 tahun yang juga juara dunia tujuh kali hanya mengikat kontrak lanjutan setahun pada Februari lalu tetapi kini telah pun berunding mengenai kontrak baharu dengan ketua Mercedes, Toto Wolff yang menetapkan Selasa ini tarikh akhir perjanjian dimuktamadkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Hamilton menarik balik gaji ditetapkan sebanyak £40 juta (RM231.80j) musim ini dan menerima gaji asas sebelumnya iaitu £34 juta (RM197 juta). Menurut laman web Brazil motorsport.com dia sedia menerima pengurangan gaji musim depan susulan masalah kewangan akibat pandemik Covid-19.

 

Pemandu Britain itu meletak syarat dengan bonus lebih tinggi selepas mengakui tugasnya lebih mencabar apabila Max Verstappen mendahului carta pemandu dengan empat mata selepas enam perlumbaan.

 

Hamilton yang menyamai rekod legenda F1, Michael Schumacher dengan tujuh gelaran dunia kini dalam misi memburu gelaran kelapan yang juga yang kelima buatnya berturut-turut.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
  Bagaimanapun, kekurangan bekalan pada tahun ini diramal tidak seteruk seperti pada 2020 dan 2021…
Berita Domestik
Sumbangan tersebut merupakan respon terhadap permintaan kerajaan negeri yang merayu sumbangan bagi…
Berita Domestik
Lanjutan tersebut diberikan kepada para pemilik yang mungkin berhadapan dengan masalah untuk…