Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung untuk dua tahun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memandu kereta dengan kandungan alkohol dalam badannya sebanyak 160 miligram (mg) / 100 mililiter (ml) darah iaitu lebih 110 mg alkohol daripada had yang ditetapkan iaitu 50 mg alkohol dalam 100 ml darah di Jalan Ara di sini pada 2.35 pagi, 10 Julai lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda minimum RM10,000 dan maksimum RM30,000 serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dari tarikh sabitan.