Pandu Ferrari masuk tasik kerana disuruh Nabi Isa

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seorang lelaki dari Florida telah memecut Ferrari 360 Modena milik beliau terus ke dalam tasik kerana percaya beliau disuruh oleh Nabi Isa untuk melakukannya.

Kejadian yang berlaku bulan lalu itu dirakam oleh video CCTV di kawasan kejadian. 

James A. Mucciaccio Jr, 48 tahun dilihat memandu Ferrari warna biru miliknya di atas sebuah jeti sebelum terus terjun ke dalam tasik.

Mucciaccio berjaya keluar dari Ferrari itu sebaik sahaja ia mula tenggelam dan diselamatkan oleh nelayan-nelayan di situ.

"Nabi Isa menyuruh saya untuk memandu melalui pintu pagar kecil dan masuk ke dalam tingkap setinggi 6-kaki. Nabi Isa telah menjadikan saya manusia paling bijak di dunia dan saya tidak boleh menolak arahannya," terang Mucciaccio.

Ahli bomba yang juga membantu menyelamatkan Mucciaccio pula mempunyai cerita yang lain.

"Lelaki itu berkata jeti itu ialah dari Mesir dan ia tidak percayakan Nabi Isa!" kata ahli bomba tersebut.

Mucciaccio tidak mengalami sebarang kecederaan, namun begitu Careta percaya kecederaan sudahpun berlaku, sekurang-kurangnya pada otak beliau.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…