Pandu lawan arus kerana 'Google Maps'

oleh Penyumbang Rencana|
Tular sebuah video di media sosial Indonesia yang memaparkan tindakan seorang pemandu beca berenjin (bajaj) yang dipandu secara melawan arus di Jakarta akibat mengikut aplikasi pemetaan Google Maps, lapor portal berita Okezone.

Kejadian berlaku pada hari Ahad dekat tol Jakarta-Tangerang.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima laporan mengenai kejadian itu, pihaknya menahan pemandu berkenaan untuk siasatan.

Ujarnya, pemandu tersebut mengaku bahawa dia terlalu khusyuk mengikuti arahan Google Maps sehingga tidak menyedari sebarang papan tanda tepi jalan.

“Alasannya adalah dia mengikuti aplikasi Google Maps sehingga tidak melihat papan tanda jalan sebelum kawasan Tomang,” ujarnya.

Tambah Andy, pihaknya sekadar memberi teguran kepada pemandu berkenaan, dan tiada tindakan diambil terhadapnya.

 

Okezone

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati wanita berusia 40-an itu negatif terhadap dadah…
Berita Domestik
Justeru katanya, polis tidak dapat merekodkan keterangan mangsa bagi membolehkan siasatan lanjut…
Berita Domestik
"Tindakan saman POL 257 telah dikeluarkan ke atas ke atasnya. "Kejadian ini jelas merupakan satu…