Pandu lawan arus, pemandu Myvi dipenjara tiga hari, hilang kelayakan lesen memandu lima tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Pemandu Perodua Myvi yang dikesan melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) 4 September lalu telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga hari dan denda RM8,000.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hukuman tersebut dikenakan setelah suspek mengaku bersalah di Mahkamah Trafik Jalan Duta di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur,
Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, pemandu kereta yang bekerja sebagai ejen insuran tersebut telah dituduh pada pagi ini selepas memandu dari arah Tol MEX menghala ke pusat bandar secara melawan arus.

Selain daripada hukuman penjara, pemandu Myvi itu turut hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen dalam tempoh lima tahun dari tarikh sabitan.
 

myvi


Sebelum ini, pihak media melaporkan sebuah Perodua Myvi berwarna kelabu yang dipandu secara melawan arus di Lebuhraya MEX menghala ke Putrajaya.

Hasil siasatan mendapati kereta tersebut dipandu melawan arus bermula dari kawasan Rehat dan Rawat Seri Kembangan.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Berdasarkan rakaman video itu menunjukkan kereta tersebut dipandu melawan arus dari arah Teluk…
Berita Domestik
Menurut siaran media Ketua Polis Daerah Shah Alam, Toyota Prius yang dipandu oleh lelaki berusia 74…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 28…