Pandu lawan arus: Polis cari pemandu Hyundai *(mengikut pandangan kami ini adalah Kia Cerato K3) )

oleh SALINA JALIL|
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis Hyundai berwarna putih yang memandu melawan arus dari Jalan Meru, Batu 5 berhadapan McDonald Klang Sentral, malam kelmarin.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata pemandu terbabit diperlukan bagi melengkapkan siasatan kejadian kira-kira jam 10.50 malam kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kira-kira jam 12 tengah hari tadi, polis mendapati satu video yang berdurasi 1 minit 30 saat yang diviralkan oleh pemilik Facebook, Mohammad Khusyairie di dalam group Meru Food Channel semalam.

 

"Video terbabit menunjukkan sebuah kereta yang memandu melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain dari Jalan Meru Batu 5 dari Simpang 3 Jalan Haji Abdul menghala ke Bukit Raja.

 

"Polis masih mencari pemandu terbabit bagi melengkapkan siasatan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Nurulhuda berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

"Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul 'Azim Mazlan di talian 013-4146144," katanya.

 

Video tersebut di bawah ini:

 

 

Dari video tersebut, kelihatan seperti sebuah kereta dari jenama Kia, model Cerato atau K3 generasi pertama dan bukan Hyundai.

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walau bagaimanapun, selepas pemerhatian dari video tersebut, terdapat beberapa buah kenderaan yang…
Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…
Berita Domestik
"Kita mengesan video tular memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu…