Pandu lawan arus, polis tahan pemandu Kia

oleh Mohamad Hanif|
Polis menahan seorang lelaki yang memandu kereta secara melawan arus dari Jalan Meru, Batu 5 berhadapan sebuah restoran makanan segera di Klang Sentral di sini, Isnin lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Utara.

"Polis turut merampas sebuah kereta jenis Kia Cerato yang digunakan lelaki berkenaan dalam kejadian itu.

"Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya selepas berjumpa rakan dan tidak arif dengan selok belok di kawasan dan jalan serta menggunakan aplikasi Waze sebagai tunjuk arah jalan.

"Pemandu itu kemudian cemas apabila tersalah masuk lorong dan terus memandu melawan arus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian awal saringan dadah juga sudah dijalankan kepada pemandu dan keputusannya negatif.

Katanya, ujian alkohol pula tidak dilakukan kerana tarikh kejadian sudah melebihi 40 jam dari tarikh tangkapan dan tidak berkesan untuk menguji kandungan alkohol.

"Lelaki itu kini direman selama satu hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Terdahulu, kejadian kira-kira jam 10.50 malam Isnin lalu, tular di media sosial Facebook satu video berdurasi satu minit 30 saat menunjukkan sebuah kereta berwarna putih dipandu secara melawan arus.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…