Pandu lori, forklift tanpa lesen - 52 PATI diberkas

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengadakan operasi yang dikenali sebagai Op Pemandu Warga Asing (Op Pewa) di sekitar pasar borong Kuala Lumpur.


Operasi ini adalah menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah diupah sekitar RM50 ke RM100, bekerja sebagai pemandu lori dan pengendali forklift walaupun tiada lesen memandu.

 

Sinar Harian melaporkan bahawa beberapa PATI yang ditahan  di pasar berkenaan mengaku telah beberapa tahun menjadi pemandu lori menghantar barang dagangan di sekitar ibu negara.


Salah seorang yang ditemui adalah pemandu lori ais warga Bangladesh berusia 24 tahun yang berkata bahawa beliau telah bekerja sebagai pemandu lori sejak enam tahun lalu.


"Saya dapat gaji RM70 sehari untuk hantar barang ke beberapa pasar borong di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


"Sepanjang enam tahun bekerja, saya pernah beberapa kali disaman kerana tidak mempunyai lesen (memandu),” katanya ketika ditemui di lokasi operasi pada Khamis.


Sementara itu, Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Zulkifly Ismail berkata, pihaknya mengeluarkan 239 notis atas pelbagai kesalahan dalam Op Pewa yang dijalankan sekitar dua jam di sini.


"Saman termasuk bagi kesalahan tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan barangan, insurans tamat tempoh dan lain-lain kesalahan.


"Kami juga menyita 58 kenderaan membabitkan lapan lori, 12 van, 25 motosikal, enam forklift dan tujuh motosikal roda tiga dalam operasi itu,” ujarnya.


Turut bersama adalah Jabatan Imigresen Malaysia yang telah  menahan 52 PATI membabitkan 16 warga Bangladesh, 28 Myanmar, enam Indonesia dan dua dari India.


Kesemua warga asing yang ditahan berusia antara 30-an hingga 50-an itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.


Sebelum ini, pelaksanaan Op Pewa hanya memberi fokus kepada motosikal yang diubahsuai namun kali ini JPJ turut memberi penekanan kepada pemandu serta pemilik forklift dan lori tanpa lesen sah yang menyalahgunakan kenderaan berkenaan.
 

pemilik kenderaan dinasihatkan supaya tidak membenarkan warga asing menggunakan kenderaan sekiranya mereka tidak mempunyai lesen dan dokumen perjalanan diri yang sah,” tegas beliau.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata, mangsa, V. Dayalini, 13, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital…
Berita Domestik
  "Bagaimanapun, pemandu terbabit bertindak memecut laju dan hampir melanggar anggota polis…
Berita Domestik
  Dalam Ops Pecah bermula pukul 9 pagi itu, Majlis Perbandaran Klang (MPK) turut ‘memecahkan’ ramp…