Pandu melulu, polis tahan wanita dipercayai pemandu trak pikap

oleh Mohamad Hanif|
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes konvoi kereta mewah berhenti di Kilometer (KM) 34, Lebuh Raya Utara Selatan Arah Selatan berhampiran susur keluar Sedenak sehingga menghalang lalu lintas pada Jumaat lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, wanita berkenaan dipercayai pemandu kenderaan pacuan empat roda yang didakwa menjadi punca konvoi kereta mewah berkenaan berhenti di tengah lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, wanita berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 pagi pada Isnin.

“Polis telah mendapatkan perintah reman mahkamah selama tiga hari ke atas suspek sehingga 23 Mac ini.

“Ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu secara melulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Kejadian berkenaan tular di laman sosial menerusi satu rakaman video yang memaparkan beberapa kenderaan mewah berhenti di laluan lebuh raya sehingga menghalang lalu lintas.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…