Pandu Uji Ringkas Honda Civic e:HEV - Sedan Segmen C Jepun Paling Sedap Setakat ini!

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira seminggu lepas, pihak media automotif tempatan telah dijemput oleh Honda Malaysia untuk sesi pandu uji sebuah varian baharu Civic di Litar Antarabangsa Sepang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Varian yang dimaksudkan itu ialah Civic e:HEV, di mana ia kini dilengkapi dengan trenkuasa yang lebih mesra alam.
 

Civic


Penulis terus tolak ke tepi perasaan skeptikal terhadap trenkuasa ini, memandangkan jangkaan awal Civic ini bakal dilengkapi dengan nadi yang lebih besar dan lebih bertenaga.

Sangkaan penulis tepat!

Jadi, apa yang membuatkan penulis berpendapat ini merupakan Honda Civic yang paling sedap setakat ini?

 

1. Enjin lebih besar, kuasa lebih bertenaga, prestasi jalan lurus banyak ummph!

Civic


Tidak seperti Honda City, Honda City Hatchback dan Honda HR-V varian e:HEV 1.5L yang dilancarkan sebelum ini, tidak patut rasanya jika Civic yang lebih besar dimensinya didatangkan dengan trenkuasa yang serupa.

Atas kertas ia memang nampak bertenaga, akan tetapi pemanduan biasanya diiringi dengan alunan bunyi enjin mengerang yang boleh mengganggu tumpuan pemanduan.

Untuk Civic e:HEV, Honda telah mendatangkan nadi 2.0 liter yang lebih bertenaga.

Enjin ini sahaja mampu menghasilkan 143 PS dan 189 Nm, digandingkan dengan motor elektrik yang juga lebih berkuasa, 184 PS dan 315 Nm.
 

Civic


Untuk membuktikan Honda tidak cakap kosong, kami diberikan dua sesi ujian, satu di jalan yang lurus dan satu lagi sesi untuk bermesra-mesra dengan pengendalian Civic di Litar Sepang.

Pecutan 0-100 km/j ternyata jauh lebih pantas berbanding Civic 1.5 liter turbo, tidak kira sama ada dalam mod Eco, Normal atau mod Sport yang mampu melampiaskan nafsunya di seksyen jalan tegak Sepang itu.

Ternyata, angka 315 Nm itu bukan main-main, bukan cakap besar. Memang ia boleh dibuktikan dengan mudah.

Ditambah pula dengan transmisi e-CVT yang sangat cekap itu, anda tidak langsung merasakan Civic ini perlahan. Malah lebih senyap!

 

2. Pengendalian lebih baik berbanding Civic Turbo

Civic


Sesi kedua diperuntukkan untuk menilai tahap pengendalian Civic e:HEV.

Menurut kata Honda, antara ciri yang wujud pada Civic e:HEV adalah tahap ketegaran casis yang dipertingkatkan, sekaligus menjadikan pengendalian yang lebih mengujakan.
 

Civic


Ujian slalom dibuat dalam julat kelajuan rendah dan sedikit laju membuktikan Civic ini sangat mudah untuk dikawal.

Selepas ujian slalom, penulis kemudian membuat sesi ujian di Litar Selatan untuk mengenal dengan lebih mendalam karakteristik Civic.

Walaupun dalam tempoh masa yang singkat, penulis dapati Civic ini sangat lincah di selekoh, dan walaupun ada kalanya penulis sengaja brek lewat, ia masih lagi mampu untuk dikawal dengan input stereng yang jauh lebih telus berbanding sesetengah calon pilihanraya.

 

Civic


Benar, ujian ringkas di atas Litar Sepang yang sangat elok kualiti tar itu sukar untuk membuktikan bagaimana karakter Civic di atas jalan raya sebenar, tapi sekurang-kurangnya, penulis akui Civic ini lebih sedap untuk dipandu.

 

3. Biru bermakna hijau (ini bukan manifesto PRU).

Civic


Berbanding Civic biasa, Honda Civic e:HEV didatangkan dengan logo H berlatarbelakangkan hitam biru bagi membuktikan ini Civic yang lebih hijau dan lebih mesra alam.

Selain itu, antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah kemasan krom yang boleh didapati pada bahagian jeriji hadapan, perumah lampu utama, bahagian pemegang pintu sisi serta kemasan pada garis luar tingkap.
 

Civic


Ia masih lagi mengekalkan rim bersaiz 18 inci, namun dengan kemasan warna dua tona, sementara bahagian belakang pula menempatkan tip ekzos tunggal (berbanding tip berkembar pada Civic 1.5 Turbo).

 

4. Kunci berbentuk Kad Kredit

Civic


Buat pertama kalinya, Honda mendatangkan ciri baharu di mana pemilik boleh mendapat sebuah kad akses bagi menggantikan fob kunci biasa.

Saiznya yang sangat kompak dengan ketebalan dua buah kad kredit itu sangat mudah untuk digunakan dan dibawa, namun sentiasa beringat kerana saiznya yang kecil itu mungkin akan membuatkan anda tersilap letak.

Satu cara yang boleh anda buat, beli lanyard dan gantungkan kad H tersebut di leher.

 

5. Civic e:HEV juga sebuah kereta selamat

Civic


Untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang, Honda Civic e:HEV turut didatangkan dengan kelengkapan Honda SENSING yang merangkumi Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LCDN), Mitigasi Keluar Jalan (RDM), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Mengikut Kelajuan rendah (LSF), Bantuan Pengekalan Lorong (LKAS), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW) dan Bantuan Suluhan Tinggi (AHB).

 


Untuk makluman, tempahan untuk Civic e:HEV sudah boleh dibuat di laman web prebook.honda.com.my dan harga jualan Civic RS e:HEV 2022 ini hanya akan diumumkan menjelang pelancaran rasmi dalam masa terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…