Pandu Uji: Volkswagen Passat B8 2.0TSI - Acah balik raya ke Perlis

oleh HEZERI SAMSURI|
"Nak ke mana? Perlis? Ada apa la kat sana," ujar seorang sahabat bila mendapat tahu saya akan ke sana untuk memandu Passat B8 2.0TSI ini.

Puas beliau memujuk untuk saya memandu ke rumahnya di Batu Pahat, tetapi saya kata selain dari kilang biskut, Minyak Beku, nasi beryani dan barang terpakai Singapura, Batu Pahat tak begitu menarik untuk dilakukan penggambaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlis ini umpama Passat sebenarnya. Kedua-dua bukanlah yang paling popular, tetapi untuk yang pernah ke Perlis atau yang pernah memandu VW, akan pasti faham betapa istimewanya mereka ini.

Walaupun kawasan negeri Perlis ini sebenarnya lebih kecil dari daerah Muar di Johor (821 km persegi versus 1,354 km persegi), namun Perlis mempunyai beberapa eksport yang memang tidak dapat disangkal - buah mangga harum manis dan nombor plet R.

 

 

Untuk mereka di Lembah Klang, nombor plet R memang antara yang paling lazim sekarang ini. Begitu juga dengan peminat buah-buahan, harga RM40 ke RM60 sekilo untuk mangga Harum Manis itu tidak menjadi masalah.

Bagi Passat generasi kelapan ini pula, ia adalah antara sedan segmen D yang terbaik di dalam pasaran, berbanding dengan pesaingnya.

Menggunakan enjin 1,984cc 4-silinder dengan Direct Injection serta Turbocharger, Passat adalah yang paling berkuasa di antara semuanya.

Carta di bawah lebih memudahkan kita melihat di mana kedudukan Passat ini.

  • VW Passat 2.0TSI      220 hp dan 350 Nm (RM196,412)
  • Mazda6 2.5L              192 hp dan 258 Nm (RM204,723)
  • Toyota Camry 2.5L     184 hp dan 235 Nm (RM189,900)    
  • Honda Accord 2.4L    175 hp dan 225 Nm (RM168,998)

Mudah untuk kita lihat bahawa walaupun ia bukan yang paling mahal, Passat mempunyai prestasi yang jauh lebih baik dan ciri-ciri Eropah yang modern.

 

 

Transmisi 6-kelajuan DSG masih menjadi antara elemen kenapa Passat ini mempunyai prestasi yang menggiurkan. 

Buktinya, ramai pemilik berkata ia adalah transmisi paling "engaging" dan menyeronokan dan semakin lama, VW sudah semakin bijak untuk memastikan ia lasak untuk kegunaan Malaysia.

Dengan hari raya semakin hampir, kami menganggap perjalanan lebih dari 500 km dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis (Kola, kata orang Perelih) itu umpama perjalanan pulang ke kampung.

Lebuhraya Utara Selatan adalah antara lebuhraya yang paling bagus saya pernah pandu di Asean, malah saya boleh katakan, ianya terbaik dan berbaloi membayar tol.

 

 

Dan ada satu dua perkara yang saya suka berkenaan Passat, ialah pengendaliannya yang cukup bagus, kerana jika tidak, kereta akan terumbang ambing seperti kapal kargo di musim tengkujuh. 

Yang sama pentingnya ialah kadar aerodinamik kenderaan itu dan juga kabinnya. 

Passat direka khusus untuk bergerak membelah angin lebuhraya, bermakna ia jauh lebih senyap dari rakan-rakan Jepunnya. Malah pada kelajuan tinggi pun, Passat masih kelihatan bersahaja. Cuma terdengar bunyi alunan irama dari sistem audio yang baik itu.

passat interior

Ya, sistem audio Discover Media dengan touchscreen 8-inci dan 8 pembesar suara itu lebih dari cukup untuk menjadi halwa telinga kami.

Juga penting ialah rekabentuk tempat duduk Passat ini. Jenama Jerman memang dikenali dengan tempat duduk yang cukup selesa untuk perjalanan jauh dan pada musim perayaan, ramai akan berterima kasih kepada tempat duduk Jerman itu.

Sekali-sekala, kita terpaksa memecut untuk "melarikan" diri dari punca-punca kemalangan atau untuk memintas kenderaan berat.

 

 

Enjin 2.0L Passat ini cukup sempurna untuk memudahkan pecutan. Ia responsif dan tenaga turbo masuk tanpa kejutan. Yang kita cuma rasa ialah ia bergerak ke hadapan seperti peluru.

Walaupun bertenaga, penggunaan bahan api sangat-sangat mengejutkan kami. Ia tidaklah sehebat kenderaan hybrid tetapi untuk sedan segmen D yang besar dan semewah ini, kiraan kasar kami ialah Passat ini menggunakan sebanyak 7.5 liter/100 km atau 13.3 km/liter.

Setangki petrol (66L) sudah cukup memberikan kami jarak perjalanan lebih dari 800 km.

 

passat chassis
Kerangka yang teguh juga adalah antara penyumbang pengendalian mantap Passat ini.

 

Ini ialah untuk perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Perlis dan balik, termasuk pusing-pusing di Padang Besar, Arau, Kaki Bukit, Timah Tasoh dan sebagainya.

Kiraan kami itu tidak lari jauh dari kiraan rasmi VW untuk Passat - 6.2L/100km. Sememangnya kereta Eropah jauh lebih menjimatkan bahan api kerana satu sebab logik yang mudah - harga bahan api di Eropah adalah antara yang tertinggi di dunia.

Kerana itu, kenderaan perlu cekap tenaga di sana! 

 

 

Di sebelah malam, lampu-lampu LED pada Passat ini juga banyak membantu. Ia membelah kegelapan dengan begitu baik sekali, dan nampak cantik juga dari luar.

Untuk ruangan but, ia sebesar 586 liter, lebih dari mencukupi bagi saya. Dan dengan ciri ‘Easy Open’, but ini pula boleh dibuka dengan satu tendangan ringkas ke bawah bamper belakang.

Mudah bila perlu mengangkat barang!

Sebenarnya, Passat ini ada terlalu banyak fungsi-fungsi canggih yang pastinya membuatkan pemiliknya tersenyum. 

 

 

Yang paling kami sukai ialah Adaptive Chassis Control atau DCC yang memberikan lima mod pemanduan. Ini bukan "gimmick" artis Malaya, tetapi satu teknologi yang membolehkan Passat ini menjadi sebuah sedan yang selesa, atau sedan sporty.

Semuanya ada di DCC yang dikawal menggunakan touchsreen di hadapan itu.

Bagi yang berkata hanya kereta Sweden yang selamat, mungkin mereka kurang arif dengan teknologi semasa kerana VW sendiri sudah lama mencapai status 5-bintang untuk Euro NCAP.

 

driving mode

 

Dan untuk Passat versi Malaysia ini, cuma lihat senarai kelengkapan keselamatan yang diberikan.

  • Adaptive Chassis Control (DCC)
  • Anti-lock Brake System (ABS) with Brake Assist (BA)
  • Anti-skid Regulator (ASR)
  • Anti-theft alarm system with immobiliser, interior monitoring and towing protection
  • Automatic Post-Collision Braking System
  • Brake pad wear indicator
  • Child seat anchor for child seat system ISOFIX
  • Curtain airbags for front and rear passengers
  • Driver Alert System (Rest Assist)
  • Dual front airbags with front passenger airbag deactivation
  • Dual front side airbags
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Electronic Differential Lock (XDS)
  • Engine Drag Torque Control (EDTC)
  • Full size alloy spare wheel
  • Hill-hold control
  • Intelligent Crash Response System (ICRS) Lane assist
  • Safety-optimised front head restraints
  • Speed sensitive electromechanical power steering
  • Three 3-point rear seat belts
  • Tire Pressure Loss Indicator (TPLI)
  • Warning signal and warning light for front seat belts not fastened
  • 3-point front seat belts with height adjustment and belt tensioners

Banyak bukan, dan Volkswagen ini jauh lebih mampu milik dari jenama Sweden, atau Jerman yang lain!!!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…