Panggil Semula BMW F850 GS - hanya untuk SATU unit motor?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kempen panggil semula atau "recall" bukan sesuatu yang baharu dan sering dilakukan oleh semua pengeluar kenderaan.

Berita ini lebih kerap berlaku di negara-negara maju di mana setiap kempen panggil semula wajib disiarkan secara terbuka. 

Terbaharu, BMW Motorrad di Sepanyol mendapati satu unit motosikal F850GS di sana menghasilkan bunyi bising dan selepas diperiksa, rod penyambungnya telah dipasang secara salah.

Ini menyebabkan syarikat Jerman itu melancarkan siasatan ke atas kes tersebut dan hasilnya mereka mendapati ada satu unit motosikal model yang sama yang menghadapi masalah yang sama, tetapi di Amerika Syarikat.

BMW Motorrad mengeluarkan notis panggil semula untuk SATU unit motosikal itu dan ia akan membayar kos pembaikan unit terbabit.

Lebih menghairankan, unit itu sebenarnya belum lagi terjual. 

BMW mungkin boleh terus menghubungi pengedar mereka di US untuk menggantikan rod penyambung itu secara senyap-senyap tetapi ketelusan di hati mereka membuatkan mereka sedar kesalahan itu perlu diberitakan secara rasmi.

Kejujuran melampau, mungkin itu yang mahu ditonjolkan oleh BMW Motorrad. 

Berita Berkenaan

Informasi
Stabil Susun atur enjin boxer memberikan ia titik graviti yang rapat ke bumi, menjadikan ia sangat…
Berita Global
Ada juga beberapa perkara tentang GS ini yang sebenarnya boleh dikaitkan dengan sebuah kenderaan…
Berita Domestik
Menurut BMW MCM, pihak kelab menyewakan unit-unit pendingin hawa mobil untuk kegunaan klinik-klinik…