Panggilan semula penggantian beg udara Takata untuk 41000 kenderaan Toyota dan Lexus

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, mengumumkan Kempen Perkhidmatan Khas/ Special Service Campaign (SSC) yang melibatkan penggantian inflator beg udara untuk beberapa model Toyota yang telah dijual oleh syarikat tersebut. UMWT memberi jaminan bahawa keselamatan pelanggannya sentiasa menjadi keutamaan mereka.

 

Kenderaan yang terlibat dalam kempen panggilan semula untuk penggantian beg udara Takata sebelum ini dan telah diganti adalah di antara tahun 2014 dan 2019, di mana beberapa kenderaan telah diganti dengan inflator beg udara  yang dihasilkan oleh Takata. Tetapi untuk kempen kali ini, penggantian inflator beg udara adalah dengan unit yang lebih baik.

 

Terdapat kira-kira 41,000 kenderaan Toyota yang dihasilkan dari tahun 2001 hingga 2013 yang terlibat. Ia melibatkan model-model Toyota seperti di bawah:-

 

i.   Toyota Vios yang dikeluarkan dari Mei 2003 hingga Ogos 2007 dan Sept 2007 - Julai 2013

 

vios

 


ii.  Toyota Corolla Altis yang dikeluarkan dari Julai 2001 hingga Julai 2007

 

vios 2007

 

iii. Toyota Camry yang dikeluarkan dari Jun 2002 hingga Disember 2005 

 

camry 2002

 

iv.  Toyota Yaris yang dikeluarkan dari Jan 2006 hingga Ogos 2007

 

yaris 2006

 

UMWT akan memaklumkan kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat secara rasmi dan perkhidmatan khas ini adalah tanpa caj kepada pemiliknya.

 


 

 

Untuk maklumat lanjut, pemilik kereta yang terjejas boleh menghubungi Pusat Servis Toyota atau hubungi Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).

 

Selain itu, pemilik Toyota juga boleh melayari laman web Kempen Khas Perkhidmatan Toyota menerusi pautan ini: https://www.toyota.com.my untuk memeriksa sama ada kenderaan mereka terlibat melalui Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) Checker. 

 

Bagi mereka yang telah memuat naik Toyota Drive Apps, semakan juga boleh dibuat ke pautan halaman SSC Toyota dan VIN Checker. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Dipercayai dibina berdasarkan model konsep Daihatsu DN-Trec Concept yang dipamerkan di dalam…
Berita Global
  Di Amerika Syarikat, sedan ini memang popular dan Toyota turut memposisikannya sebagai model …
Berita Global
Purata masa pemilikan kenderaan untuk 10 model teratas adalah dari 9.7 tahun sehingga ke 11.4 tahun…