Panglima Tentera Darat - pesawat tempur ringan MD530G bertepatan keperluan operasi

oleh SALINA JALIL|
Perolehan pesawat tempur ringan MD530G yang dibeli negara adalah bertepatan dengan keperluan penugasan operasi di persisiran pantai.


Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd.Zain berkata, perolehan pesawat ini juga adalah platform terbaik sebagai persediaan juruterbang dan juruteknik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) sebelum beralih kepada helikopter tempur yang lebih lengkap dalam skala yang lebih besar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Malah, beliau berkata, pembelian pesawat MD530G dirancang ketika pencerobohan Lahad Datu selepas melihat keperluan pada masa itu.

 

“Sebelum ini, Tentera Darat hanya memiliki pesawat Agusta yang berperanan sebagai pesawat tinjauan ringan dan tidak dilengkapi  dengan persenjataan. Kemudian Tentera Darat ubah suai pesawat Agusta ini dengan meletakkan persenjataan 7.62 milimiter (MM) gatling gun untuk bertindak sebagai helikopter penggempur ringan.

 

“Justeru, berdasarkan  keperluan penugasan ini serta mengambil kira faktor kewangan dan bentuk ancaman pada ketika itu menjurus kepada ancaman pengganas, Tentera Darat berepndapat MD530G adalah pilihan terbaik dan bersesuaian untuk penugasan operasi di persisiran pantai,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Penerimaan  Enam Helikopter MD530G Hangar 2 Invation Aero semalam.

 

Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam lontaran di muka buku beliau berkata, "MD530G ini dilengkapi dengan kuasa tembakan (firepower) jenis Gatling Gun 7.62mm, Heavy Machine Gun 12.7mm dan Rocket Launcher 70mm.

 

Keupayaan kuasa tembakan (firepower) yang dimiliki oleh pesawat ini mampu menggempur kenderaan perisai ringan dan trup Infantri dalam jarak 500 meter ke 7 kilometer. Ketangkasan (agility) helikopter ini juga membolehkan ianya melaksanakan tugas tinjauan udara. Helikopter ini akan diaturgerakkan untuk membantu ketumbukan Tempur Tentera Darat Malaysia yang lain di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak.

 

 

 

UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, KAI dijangka akan menghantar pesawat tempur ringan FA-50 bermula tahun…
Berita Domestik
  "Kementerian sudah mohon daripada kerajaan untuk mempunyai Flit dan itu memang jadi keutamaan.…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada EurAsian, pengarah Perkhidmatan Persekutuan untuk Kerjasama Teknikal…