Pantai Air Papan - Perkhemahan, parkir kenderaan dikena bayaran mulai 1 Julai

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Majlis Daerah Mersing (MDM) akan mengenakan bayaran bagi aktiviti perkhemahan dan meletak kenderaan di Pantai Air Papan di sini berkuat kuasa pada 1 Julai ini.


MDM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya MY Mersing memaklumkan langkah itu diambil bagi menampung kerja-kerja pembersihan selain aktiviti pembangunan yang akan dilaksanakan secara berperingkat di sekitar pantai berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurutnya, kadar caj yang ditetapkan ialah RM2 bagi motosikal, kereta dan van (RM3), bas RM6, manakala aktiviti perkhemahan dikenakan caj RM10 bagi satu malam.

 

"Terdapat beberapa projek yang bakal dilaksanakan di pantai ini termasuk kerja-kerja baik pulih laluan pejalan kaki di sekitar pantai yang rosak akibat hakisan, menaik taraf gerai dan tandas awam yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

 

"Bagaimanapun, bayaran hanya dikenakan kepada kenderaan yang diparkir dan aktiviti perkhemahan sahaja, namun penduduk di sekitar Air Papan dikecualikan bayaran," menurut hantaran itu.

 

Menurut MY Mersing lagi, kutipan akan dilaksanakan oleh Koperasi Kampungstay Air Papan Mersing Bhd dengan penglibatan dan kerjasama komuniti setempat.

 

"Kita akan berusaha memastikan orang ramai menikmati kemudahan yang terbaik dari semasa ke semasa, namun pada masa sama memohon kerjasama untuk uruskan sampah (sebaiknya) dan jangan ditinggal bersepah meskipun bayaran telah dikenakan," menurut kenyataan itu.

 

Pantai Air Papan yang terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar Mersing sering menjadi destinasi percutian dan riadah di daerah ini.

 

Ia bukan sahaja untuk bermandi-manda, malah pengunjung juga berpeluang membeli pelbagai buah tangan untuk dibawa pulang, sekali gus memberi manfaat kepada peniaga di sekitar pantai berkenaan.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu.   "Konvoi enam…
Berita Domestik
  Menurut beliau lagi bahawa pihaknya telah membawakan perkara itu ke peringkat kerajaan pusat,…