Papan tanda guna radar untuk kurangkan kemalangan motosikal

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembuat papan tanda jalan dari UK, TWM telah menghasilkan papan tanda bercahaya yang menggunakan teknologi radar bagi mengesan motosikal-motosikal yang ditunggang melebihi had laju di kawasan yang sering berlaku kemalangan.

Papan tanda sebesar 1,020 mm X 463 mm dengan perkataan "THINK" (fikir) itu dikelilingi dengan garisan LED biru yang menyala sekali dengan perkataan "BACK OFF" (perlahan) dalam LED berwarna putih.

Papan tanda interaktif itu akan diletakkan di lokasi-lokasi yang mempunyai kadar kemalangan yang tinggi.

Di Malaysia, papan tanda lengkap dengan radar serta penyata kelajuan kenderaan sudah ada dipasang di lebuhraya Sprint, berhampiran simpang keluar Kerinchi. 

Ia akan memberitahu kelajuan kenderaan anda sebelum sampai ke selekoh tajam di situ. Tujuannya agar pemandu dan penunggang memperlahankan kenderaan masing-masing. Namun begitu, ada segelintir yang cuba merekodkan masa tertinggi dicatat oleh papan tanda elektronik.

Adakah sistem begini mampu menurunkan kadar kemalangan? Nyatakan pendapat anda di Facebook kami.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Bosch telah menghasilkan aplikasi dan perkakasan untuk sistem brek autonomi kenderaan yang mampu…