Parah di bawah Bentley

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seorang penumpang parah di kepala setelah terperosok di bawah sebuah Bentley Flying Spur di kawasan perindustrian HKS di Jalan Bundusan di Penampang, Sabah semalam.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian yang berlaku tengahari semalam itu melibatkan mangsa yang berusia 25 tahun dan menunggang motosikal jenis Honda.

Beliau kemudiannya dihantar ke Hospitak Queen Elizabeth.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata mangsa cuba mengelak dari sebuah Toyota Avanza yang tiba-tiba membelok di hadapannya untuk masuk ke sebuah bengkel kenderaan.

"Mangsa terlanggar pintu sisi kanan Avanza dan jatuh serta terseret masuk ke bawah Bentley yang diletakkan di hadapan bengkel tersebut," terang Haris.

Pemandu Avanza tidak cedera dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…
Berita Domestik
Sebagai tanda penghormatan, Bentley Kuala Lumpur kini membawakan model terakhir Bentayga Speed W12…