Parkir atas padang, 30 pemilik kenderaan disaman Majlis Perbandaran Klang

oleh Mohamad Hanif|
Kompaun RM1,000 yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) terhadap 30 orang pemilik kenderaan mendapat reaksi positif daripada masyarakat setempat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Utusan, kompaun RM1,000 itu dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan dekat padang Dewan Eng Ann, pada 8 Januari yang lalu.

MPK dalam satu kenyataan menjelaskan, “Kompaun yang dikenakan MPK mendapat reaksi positif penduduk setempat yang menganggap tindakan pemilik  yang meletakkan kenderaan di atas padang awam sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan kerosakan di padang kediaman mereka,” katanya.

Terdahulu, 30 pemilik kenderaan mempersoal tindakan MPK yang mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 kerana meletakkan kenderaan mereka di padang berkenaan.

Mereka meletakkan kenderaan itu selepas menghadiri pertandingan Taekwando di dewan berkenaan yang dianjurkan peringkat daerah.

Dalam pada itu, MPK turut menggesa orang ramai meletakkan kenderaan masing-masing di lokasi disediakan bagi mengelakkan tindakan kompaun atau tunda dikenakan.

Menurutnya, merujuk kepada kawasan perumahan, taman bunga, kawasan lapang, lorong pejalan kaki, lorong basikal, taman rekreasi atau hiburan mahupun padang permainan.

“Ia juga membabitkan bulatan lintas, batasan tengah sepanjang jalan, sisian jalan, rizab jalan, sungai, anak sungai, tebing sungai atau sebarang tanah yang diselenggarakan oleh MPK,” jelasnya.

Katanya lagi, penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Taman (UUK) adalah usaha kawalan berterusan agar persekitaran berada dalam keadaan kondusif di samping mendidik masyarakat bertanggungjawab.

Sumber: Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…
Berita Domestik
Mungkin kisah yang terjadi pada seorang individu ini dapat menjadi pengajaran untuk bakal pembeli…