Parkir rizab - kedai tidak boleh bolot 24 jam

oleh HEZERI SAMSURI|
Kedai-kedai selalunya memajak petak parkir di hadapan premis perniagaan mereka.

Petak parkir ini selalunya diwarnakan merah, menandakan ia dirizab oleh pemiliknya.

Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa parkir rizab ini hanya boleh digunakan oleh pemiliknya sahaja dari jam 7.30 pagi sehingga 6.00 petang dari hari Isnin sehingga Sabtu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selepas jam 6.00 petang dan pada hari Ahad (hujung minggu) serta hari cuti umum, petak merah ini dibuka kepada umum.

Fakta ini diterangkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL, Azmi Abdul Hamid kepada akhbar online Malay Mail awal tahun ini (baca artikel tersebut di sini).

Ahad lalu seorang pemilik kenderanan di Bangsar berang bila keretanya dilekatkan dengan kertas notis No Parking menggunakan superglue.

Kertas itu ditampal oleh kakitangan kedai di hadapan parkir rizab tersebut. Pemilik kedai meminta maaf kepada pemilik kenderaan kerana tidak tahu petak parkir rizab beliau dibuka kepada orang awam pada hari Ahad.

 

*Gambar utama dari Malay Mail.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Domestik
Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…