Parkir sesuka hati halang laluan, Alphard kena himpit bas

oleh Mohamad Hanif|
Tular di media sosial video memaparkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dihimpit bas sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian sisi kenderaan terbabit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi perkongsian asal oleh @ayin8686 itu, kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah pusat beli-belah di ibu kota baru-baru ini.

Semalam, video tersebut sekali lagi tular di Twitter selepas dimuat naik oleh portal Isu Semasa Viral dengan memaklumkan punca kejadian disebabkan pemandu MPV terbabit meletakkan kenderaan di ruangan larangan parkir sehingga menghalang laluan pengguna lain.

“Puas hati tengok video ini, ini makan dia kalau suka parkir ikut suka hati sampai menyusahkan orang lain.

“Harap pakai kereta besar tapi otak langsung tak berfungsi,” ciapnya.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya berpuas hati dengan insiden yang berlaku itu.

“Nasib baik bas, kalau lori kontena ke mahu jadi kancil dibuatnya, kalau aku la, bawa lori simen, tuang atas kereta, nak parkir sangat tempat dilarang parkir,” ciap @husbandnakal.

“Bagus kena macam ini, biar beringat sikit pada pemandu yang suka susahkan orang lain, ingat jalan dia boleh parkir suka hati, tepuk tangan aku tengok insiden macam ini,” ujar @matayen99.

Sumber: Kosmo Online

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Domestik
Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…