Pasaran enjin diesel terus menjunam di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak pengumuman larangan kemasukan kepada kenderaan berenjinkan diesel ke bandar-bandar utama di Eropah, penguasaan pasaran kenderaan diesel terus menurun sehingga 16% kepada 3.12 juta unit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut International Energy Agency, jumlah tersebut merangkumi 36.5% daripada jumlah keseluruhan pasaran, menjunam daripada 42.5% yang dicatatkan pada separuh tahun pertama 2017.

Jerman yang merupakan salah satu negara pengeluar kenderaan enjin diesel terbesar di dunia juga turut mencatatkan penurunan kepada 31.1% berbanding 41.3% dalam tempoh yang sama tahun lalu. 
 


Keadaan bertambah buruk apabila beberapa isu melibatkan enjin diesel seperti skandal emisi Volkswagen (dieselgate) turut menyumbang kepada kejatuhan penguasaan enjin diesel di Eropah. 

Sementara itu, majoriti bandar besar di sana seperti Berlin, London dan Paris telah mengumumkan larangan kemasukan kenderaan enjin diesel ke bandar sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kadar pencemaran udara.

Kesan daripada isu di atas, pengeluar-pengeluar kenderaan mula mengambil langkah untuk menghentikan  pembangunan enjin baharu dan juga penawaran kenderaan diesel di dalam barisan jualan mereka. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…
Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu, projek rintis berkenaan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan…