Pasaran motosikal global rugi 9 juta unit dalam 2020

oleh HEZERI SAMSURI|
Pandemik Covid-19 memang memberikan impak terhadap jualan motosikal global tetapi ia dilihat akan berubah tahun ini.

Jualan global motosikal untuk tahun 2020 menurun 14 peratus, iaitu lebih kurang 9 juta unit berbanding tahun sebelumnya.

Penurunan itu bertumpu kepada empat negara - India (-5 juta unit), Indonesia (-2.9 juta unit), Filipina (-700 ribu unit) dan Vietnam (-500 ribu unit).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, jualan motosikal dijangka akan mengalami peningkatan yang baik berdasarkan prestasi jualan akhir-akhir ini.

Antara faktor yang dikatakan menjadi perangsang pasaran ialah peningkatan permintaan untuk mod pengangkutan peribadi (tidak mahu berkongsi kenderaan) dan kesedaran alam sekitar antara kerajaan-kerajaan, institusi dan orang awam (motosikal tidak begitu mencemarkan alam sekitar berbanding dengan kenderaan empat roda).

Pasaran yang bakal menyaksikan perubahan pesat dan mengubah iklim industri ialah China di mana kerajaan negara itu mengharamkan penggunakan motosikal dengan enjin biasa untuk kebanyakan bandar-bandar besar dan promosi ke arah penggunaan sumber tenaga elektrik untuk motosikal.

Menyedihkan kerana Malaysia tidak nampak peluang keemasan ini dan membiarkan syarikat motosikal nasional terus hidup terpinggir dengan pembinaan kapchai-kapchai dan motosikal "rebadge".

Ini ialah kerana jika ia menggunakan peluang R&D, mungkin Malaysia mampu mengeksport teknologi motosikal elektrik ke negara-negara jiran yang memang mempunyai jualan motosikal berpuluh kali ganda lebih besar dari pasaran Malaysia.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…