Semenjak Januari 2022, kereta jenama China mempunyai 9.6 % bahagian dalam pasaran Rusia. Angka tersebut meningkat secara berterusan sepanjang tahun ini dengan melonjak 21 % pada Jun, 27 % pada September dan mencecah 31.3 % pada akhir November.
Pada bulan November, sejumlah 46,403 unit kereta baru dijual di Rusia dan 16,138 unit terdiri dari kereta jenama China.
Penganalisis automotif Rusia, Vladimir Bespalov berkata, "Terdapat sedikit pengeluaran kereta jenama barat dan import, jadi pasaran dibahagikan antara industri kereta Rusia dan China".

Kedua-dua negara Rusia dan China dilihat nekad untuk meninggalkan kereta jenama barat, hal ini dapat dilihat melalui kerjasama antara syarikat Rusia, KAMAZ yang menghasilkan model Moskvich 3 dimana ianya rebadge dari jenama China model JAC JS4.
JS4 merupakan sebuah SUV bersaiz kecil yang ditawarkan dengan pilihan enjin pembakaran dalaman dan elektrik sepenuhnya, bagi varian ICE ia dikuasakan enjin 1.5 liter menghasilkan 147 HP dan 210 Nm.
Varian EV nya pula dikuasakan oleh bateri 65.7 kWj yang menghasilkan 193 HP dengan jarak gerak sehingga 410 km.
Sumber: Reuters