Pasukan SAR Batang Kali terima bantuan dua jentera berat dari Angkatan Tentera Malaysia

oleh Penyumbang Rencana 2|
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat Batang Kali dipergiat dengan penambahan asset jentera berat daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua jentera yang dimaksudkan itu adalah jenis PC 210 LC-10M yang dimiliki 91 Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) Kem Batu Kentonmen. 

Pasukan pencari juga menggunakan dua alat radar penembus tanah (GPR) bagi membantu proses pencarian mangsa dalam insiden runtuhan tanah sepanjang 300 meter dan setinggi 70 meter itu. 

Operasi SAR turut diperluaskan di luar kawasan operasi memandangkan penggalian runtuhan tanah dikawasan tersebut sudah mencecah tanah asal tapak perkhemahan. 

Setakat jam 8 malam semalam, sembilan mangsa masih lagi hilang, sementara 24 mangsa disahkan maut dan 61 lagi dilaporkan selamat. 

Berita penuh di Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
  "Kita hanya mempunyai masa sehingga 3 pagi Sabtu, jadi kita memaksimumkan semua usaha (pencarian…