Tiga anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak yang ditahan itu berusia antara 37 hingga 42 tahun.
Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan atau Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Terdahulu, tular satu rakaman video pasangan asing yang disaman di media sosial yang menunjukkan anggota trafik menawarkan diskaun saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju.
Pasangan itu didakwa memandu selaju 80 km/j di laluan yang mempunyai had kelajuan 60 km/j.
Berita penuh: Harian Metro