Menurut Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Ini adalah berikutan rungutan para pengguna jalan raya terhadap kelakuan pihak yang tidak bertanggungjawab serta suka mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguatkuasa.
Sebelum ini, tular beberapa video di media sosial berhubung penyalahgunaan lampu mata arah, dan pihak JSPT sedang menyiasat dan akan mengambil tindakan sewajarnya memandangkan nombor pendaftaran kenderaan terlibat telah pun dikenalpasti.
Pemilik kenderaan persendirian yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 138, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59 iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau dipenjara.
Menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalan tugas kecemasan seperti kenderaan Polis, Bomba, Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.