PDRM - Dalam tempoh seminggu, 28,919 saman rentas sempadan dikeluarkan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Masih ramai yang cuba nasib merentas negeri. Ini terbukti apabila sebanyak 28,919 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pengguna jalan raya dalam Pra Op Rentas bermula 3 Mei sehingga 9 Mei lalu.


Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan / Kawalan Lalu Lintas / Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata, saman yang dikeluarkan itu membabitkan pelbagai kesalahan termasuk cubaan merentas negeri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, hanya empat saman berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Op COVID-19 dan satu individu ditahan.

 

"Ia membabitkan pemeriksaan terhadap 21,977 kenderaan. Pemandu di Selangor negeri paling banyak dikenakan saman iaitu 6,854 diikuti Johor 3,681 dan Pahang 3,212.

 

"Sepanjang tempoh pra Op itu diadakan, kami mendapati jumlah kemalangan meningkat tetapi kemalangan maut menunjukkan sedikit penurunan," katanya selepas melancarkan Op Rentas Zon Tengah B dan Pengenalan Peralatan Bantuan Teknik JSPT (In Car Radar & iCOPS) di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban Arah Selatan, PLUS, di Seremban semalam.

 

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir.

 

Mengulas mengenai peralatan canggih 'In Car Radar', Mohd Nadzri berkata, peralatan itu dipasang di dalam kereta peronda polis yang dapat mengesan apa juga kesalahan dilakukan pengguna termasuk jika mereka mempunyai rekod jenayah.

 

radar

 

 

Beliau berkata, peralatan itu boleh merakam satu-satu kejadian yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti selain merakam kelajuan sesuatu kenderaan untuk diambil tindakan.

 

"Peralatan itu boleh berfungsi ketika kereta bergerak mahupun statik," katanya.

 

Mengenai operasi berkenaan, Mohd Nadzri berkata, pihaknya turut menahan 10 individu yang disyaki memandu dalam pengaruh dadah dan empat daripada mereka di bawah pengaruh methamphetamine.

 

"Terdapat juga kes pengguna yang mencuba rentas negeri dan kita arahkan mereka berpatah balik," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…