PDRM: Denda RM50,000 atau 20 tahun penjara jika tinggal anak dalam kenderaan sendirian

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai dengan meninggalkan anak bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan boleh didenda RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan amaran itu sebagai peringatan khususnya kepada ibu bapa kerana mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu akan dikenakan tindakan tanpa kompromi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Tiada alasan. Tiada kompromi. Kealpaan anda membawa padah. Kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

 

Menurut PDRM, jika disabitkan kesalahan, mereka akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

 

Media sebelum ini melaporkan beberapa kejadian kanak-kanak maut akibat ditinggalkan di dalam kenderaan dengan kejadian terbaru berlaku di Seremban, Negeri Sembilan pada 12 Oktober lalu.

 

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas ditinggalkan kira-kira tiga jam di dalam van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan.

 

Pada 28 April lalu pula, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan lebih lima jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru.

 

Sementara itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia akibat strok haba setelah empat jam ditinggalkan dalam kereta yang dipandu pengetua tadika di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah, pada 16 Mac lalu.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama telah menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Faizul…
Berita Domestik
"Dalam tempoh sebulan diadakan operasi, sebanyak 23 kambing biri-biri, 10 lembu dan seekor kuda…