PDRM - Enam laporan penipuan Touch ‘n Go eWallet

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sebanyak enam laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan sekumpulan guru sekolah mendakwa mereka menjadi mangsa sindiket penipuan Touch ‘n Go eWallet.


Ketua Jabatan siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, pihaknya telah merujuk perkara itu kepada pihak Touch ‘n Go untuk siasatan lanjut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Jika ada kesalahan jenayah, mereka (Touch ‘n Go) akan buat laporan dan kita akan siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

 

Pada Sabtu lalu, hampir 50 guru di lapan sekolah sekitar Lembah Klang di sini dilaporkan mendakwa menjadi mangsa sindiket penipuan Touch ‘n Go eWallet.

 

Seorang mangsa yang ahu dikenali sebagai Irine, 30, berkata, dia kerugian hampir RM3,000 apabila wang dalam akaun tersebut dikeluarkan menerusi tiga transaksi kurang tujuh minit pada 19 Januari lalu.

 

Menurutnya, kejadian disedari menerusi notifikasi transaksi tersebut sebelum mengambil keputusan memindahkan baki RM5,000 ke akaun lain bagi mengelak kerugian lebih besar.

 

 

-UTUSAN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sewaktu sedang melayari Facebook (FB), katanya, dia terpandang iklan jualan lelong motosikal dengan…
Informasi
  “Dari segi keselamatan, kami tidak menggalakkan pengguna untuk membeli tayar terpakai dan semua…
Informasi
  Justeru, beliau merumuskan bahawa upacara penamaan dan pelancaran LCS terbabit seperti…