PDRM - Jangan leka layari media sosial ketika memandu

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Semua pemandu dinasihatkan agar tidak terus leka menggunakan alat peranti atau melayari media sosial ketika sedang melakukan pemanduan.


Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Bukit Aman, Supt Khairul Azahar Ismail memaklumkan sebanyak 1,551 kes kemalangan dicatatkan melibatkan 2327 kenderaan pada Isnin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Semalam (Isnin), 24 April sebanyak 1551 kes kemalangan berlaku melibatkan 2,327 kenderaan, yang mana kereta menunjukkan rekod kemalangan yang tinggi sebanyak 76.9 peratus diikuti motosikal 13.5 peratus dan lain-lain kenderaan di jalan raya,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 1,546 saman dikeluarkan atas lima kesalahan utama yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

“Punca kemalangan termasuk memandu dalam keadaan keletihan atau berada dalam ketegangan emosi ketika memandu.

“Kedua, memandu sambil menggunakan alat komunikasi, ketiga gagal patuhi lampu isyarat, keempat menukar lorong tanpa beri isyarat dan terakhir memandu dalam keadaan laju tanpa memikirkan keadaan pemandu lain,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul juga berharap masyarakat dapat memberi kerjasama dengan memandu secara berhemah selaras dengan dalam peraturan LM 165/59 merujuk kepada seksyen 68 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, operasi yang diketuai Pegawai Turus Zon Tengah B, ASP Amir Che Ya turut dibantu…
Berita Domestik
  "Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790…
Berita Domestik
  Wanita berusia 21 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC turut merakam aksi dirinya…