PDRM keluarkan 80,950 saman sejak bermula PKPP pada 10 Jun sehingga 16 Jun!

oleh SALINA JALIL|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 80,950 saman terhadap pengguna jalan raya sejak hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun sehingga 16 Jun 2020.


Antara kesalahan utama yang dilakukan adalah memandu melebihi had laju dengan sebanyak 37,802 saman, lesen tamat tempoh (12,169) dan sebanyak 10,390 saman tidak mematuhi arahan papan tanda trafik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya akan terus mengambil tindakan saman dan membawa pesalah ke mahkamah, jika melanggar peraturan dan undang-undang raya.

 

"Ini juga termasuk pengguna jalan raya yang memandu dalam keadaan mabuk dan penunggang motosikal yang didapati merempit di jalan raya," katanya kepada Bernama semalam.

 

Dalam perkembangan lain beliau berkata, sebanyak hampir RM40 juta saman masih tertunggak yang belum diselesaikan orang ramai, sejak tahun 2000.

 

Beliau berkata, kesemua saman berkenaan mencecah nilai sehingga kira-kira RM4 bilion.

 

Azisman turut mengingatkan mereka yang menerima saman trafik berkenaan supaya melunaskannya dengan segera.

 

"Kategori kesalahan tertinggi yang dilakukan oleh pesalah trafik ialah memandu melebihi had laju, tidak mematuhi arahan papan tanda trafik, kesalahan berkaitan lesen dan tidak mematuhi lampu isyarat," katanya.

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Berita Domestik
Sementara negeri Sarawak pula bermula pada 30 Mac hingga 12 April ini. Perintah Kawalan Pergerakan…