PDRM sediakan laluan pantas untuk kenderaan komersil di PLUS

oleh Mohamad Hanif|
Semua kenderaan komersil yang membawa bekalan makanan, bahan mudah lupus, bekalan perubatan dan petroleum kini dibenarkan melalui sekatan jalan raya dengan lebih pantas menerusi laluan khas yang disediakan oleh PDRM.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah ini bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan pergerakan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti doktor, jururawa, pasukan keselamatan serta agensi yang terlibat di dalam menangani wabak COVID-19.

Namun begitu, sekatan dan lencongan jalan yang melibatkan laluan keluar dan masuk ke lebuhraya kini dibawah bidang kuasa pihak PDRM.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-2266 3356 untuk mengetahui berkenaan sekatan atau lencongan jalan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PLUS juga turut mengumumkan perkhidmatan kritikal di lebuhraya seperti PLUSRonda dan talian bebas tol PLUSLine (1-800-88-0000) masih lagi beroperasi 24 jam untuk memudahkan urusan pelanggan ketika kecemasan.

Pada masa yang sama, PLUS mengambil peluang ini untuk menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi PKP, terus berada di rumah dan hanya melakukan perjalanan sekiranya benar-benar perlu bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.