PDRM siasat kereta peronda polis tular langgar lampu isyarat merah

oleh Penyumbang Rencana|
Foto tangkap layar dari video
Polis sedang menyiasat berhubung video tular memaparkan sebuah kenderaan polis didakwa melanggar lampu isyarat merah di persimpangan NSK, Jalan Haruan 2, di sini pada jam 12.20 tengah malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai rakaman video tersebut.

“Siasatan sedang dijalankan dan keadaan sebenar insiden itu telah dikenal pasti. Setelah siasatan selesai, tindakan dalaman akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau menegaskan bahawa setiap pegawai dan anggota polis tertakluk kepada peraturan jalan raya kecuali dalam keadaan tertentu yang melibatkan tugasan kecemasan serta memerlukan tindakan segera demi keselamatan dan kelancaran operasi.

Ujarnya, sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran prosedur, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang.

“Orang ramai diingatkan untuk mendapatkan maklumat sahih hanya melalui saluran rasmi Polis Diraja Malaysia dan tidak menularkan spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut beliau, suspek dibawa ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron…
Berita Domestik
Konvoi disertai lima unit pacuan empat roda Toyota Hilux Robus dan dua kenderaan Proton X70 itu…
Berita Domestik
Menurutnya, runtuhan pertama dilaporkan berlaku pada 8.15 pagi dan runtuhan kedua berlaku jam 8.50…