PDRM terima 425 unit MPV Civic 1.8 daripada Honda Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia baru-baru ini telah menyerahkan 425 unit Honda Civic 1.8S kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan digunakan sebagai kereta peronda dan penguatkuasaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, "Kami sangat menghargai pengorbanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh anggota PDRM dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia selama ini. PDRM sememangnya petugas barisan hadapan yang memainkan peranan penting dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

“Berikutan pelaksanaan PKP, kami terpaksa menangguhkan penyerahan kereta ini. Namun, kami bersyukur kerana dapat menyerahkan kereta baru ini untuk tujuan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang sekarang.

“Honda Malaysia berbesar hati kerana PDRM telah memilih model paling laris dalam segmen C ini sebagai kenderaan mereka,” ujar beliau lagi.

 


Honda Civic merupakan salah satu model penting bagi Honda Malaysia yang dipasang secara CKD dan membawakan ciri-ciri yang ada pada kenderaan segmen D untuk kenderaan segmen C.

Untuk versi MPV PDRM, ia dikuasakan oleh enjin 1.8 liter i-VTEC dengan output 141 PS dan daya kilas 174 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Malah, Civic juga turut dianugerahkan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) yang menawarkan prestasi yang cemerlang dengan pulangan bacaan bahan api yang ekonomikal, sesuai untuk kegunaan rondaan petugas PDRM.

Dengan penggunaan Honda Civic, ia bakal menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh kereta peronda Proton Wira dan Waja yang rata-ratanya sudah terlalu berusia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…