PDRM terlebih bayar penyelenggaraan bulanan helikopter

oleh SALINA JALIL|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikesan terlebih bayar penyelenggaraan bulanan helikopter sebanyak RM105,875 bagi tempoh 19 bulan walaupun ia sudah tidak aktif melebihi tempoh enam bulan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, potongan bayaran penyelenggaraan bagi helikopter yang tidak aktif selepas enam bulan sepatutnya diberi potongan sebanyak 25 peratus.

 

"Ini bermakna PDRM hanya perlu membayar RM28,875 sebulan kepada penyelenggaraan helikopter tidak aktif berbanding RM38,500 sebulan untuk penyelenggaraan helikopter yang masih aktif.

 

"Berdasarkan Laporan Bulanan Penyenggaraan Helikopter, enam daripada 10 helikopter diklasifikasikan sebagai tidak aktif kerana tidak mencapai jam penerbangan yang ditetapkan.

 

"Daripada enam helikopter yang tidak aktif, satu dalam proses pelupusan, manakala satu lagi tidak aktif kurang daripada enam bulan dan empat helikopter tidak aktif melebihi enam bulan," katanya dalam sidang media Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019, Siri 1, di Putrajaya, semalam.

 

heli pdrm

 

Nik Azman berkata, lawatan audit yang diadakan pada September lalu di Pasukan Gerakan Udara (PGU) Subang mendapati satu daripada empat helikopter yang tidak aktif melebihi enam bulan itu tidak digunakan lagi sejak kemalangan sewaktu pendaratan pada 13 Mac 2018.

 

Beliau berkata, helikopter 9M-PHJ berkenaan tidak aktif selama 17 bulan, iaitu sehingga sehingga Ogos 2019, namun, bayaran tetap bulanan helikopter masih dikenakan pada kadar RM38,500 sebulan selepas tempoh enam bulan dari tarikh helikopter berkenaan tidak aktif.

 

"Mengikut pengiraan Audit, sejumlah RM105,875 telah terlebih bayar bagi bayaran tetap bulanan helikopter berkenaan bagi tempoh 11 bulan iaitu dari Oktober 2018 hingga September 2019 (setelah ditolak tempoh enam bulan sebelum pengurangan 25 peratus bayaran tetap bulanan helikopter).

 

"Semakan lanjut mendapati bayaran penyenggaraan helikopter berjumlah RM3.47 juta turut dibuat bagi dua helikopter, iaitu 9M-PHA dan 9M-PHF yang tidak aktif melebihi tiga tahun daripada 2017 hingga 2019.

 

"Pihak Audit mendapati perkara ini berlaku kerana syarat kontrak hanya membenarkan potongan harga diberikan maksimum terhadap tiga helikopter pada satu masa. Ini menyebabkan pembaziran sejumlah RM3.47 juta," katanya.

 

Dalam pada itu, menurut maklum balas PDRM yang diterima pada 17 Jun lalu, ia menyatakan kontrak klausa 15 memperuntukkan bilangan helikopter dalam senarai tidak aktif hendaklah tidak melebihi 30 peratus daripada bilangan keseluruhan helikopter.

 

Pemotongan harga sebanyak 25 peratus daripada kos bayaran tetap bulanan penyenggaraan bagi setiap helikopter boleh dibuat selepas enam bulan daripada tarikh notis diberikan.

 

"Ini bermakna hanya maksimum tiga helikopter sahaja dikenakan potongan harga pada satu masa, walaupun ada helikopter lain yang tidak boleh digunakan atau rosak untuk tempoh masa panjang pada masa berkenaan.

 

"Bagi tujuan nyahaktif, kontraktor perlu diberikan sebulan notis sebelum sesebuah helikopter boleh dinyahaktifkan.

 

"Pihak Kementerian Dalam Negeri sedang menyemak semula terma kontrak lanjutan untuk menjamin kepentingan kerajaan terpelihara," katanya.

 

Bagaimanapun, menurut penyataan audit kontrak perkhidmatan penyenggaraan sepatutnya tidak mengehadkan bilangan maksimum helikopter yang boleh diberi pengurangan bayaran penyenggaraan pada satu masa kerana kerosakan yang berlaku di luar jangkaan.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…