Pecah kereta: Kumpulan Indra Garuda diberkas Polis

oleh SALINA JALIL|
Kelicikan dua warga asing menjalankan kegiatan pecah kereta di sekitar Negeri Sembilan, termasuk di daerah Jempol berjaya ditumpaskan polis.

Ketua Polis Daerah ( KPD ) Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif, berkata suspek warganegara Indonesia itu turut dikenali sebagai kumpulan Indra Garuda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, suspek berusia 33 dan 39 tahun bergiat aktif dalam kegiatan pecah kereta sejak Januari tahun lalu.

 

”Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 25 Januari lalu, di Masjid Tuanku Muhriz, suspek memecah pintu kereta seorang mangsa dan melarikan beg tangan dengan sebuah kereta Myvi yang disewa suspek bagi menjalankan kegiatan berkenaan.

 

”Mangsa sempat mengecam nombor pendaftaran kereta digunakan suspek sebelum polis menjalankan gerakan memburu suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis ( IPD ) Jempol di sini. Turut hadir di sidang media tersebut adalah Timbalan KPD Mohd Hafiz Muhammad Nor.

 

Mohd Khairiel berkata, pada 27 Januari lalu, polis yang menerima maklumat awam membuat serbuan ke atas suspek yang berada di sebuah rumah di Kampung Kundur Ulu, Pedas dan berjaya menangkap kedua-dua suspek berkenaan.

 

“Polis berjaya merampas sebuah kereta, telefon bimbit, jam tangan, wang tunai serta dua batang besi daripada suspek,” katanya.

 

Katanya, modus operandi kumpulan ini menggunakan peralatan besi yang sudah diubah suai untuk membuka pintu kereta dan akan memecahkan cermin kereta menggunakan serpihan plak jika pintu tidak dapat dibuka.

 

“Kumpulan berkenaan bergerak aktif pada hari siang, terutama pada cuti hujung minggu dan cuti umum dengan menjadikan kawasan tempat letak kereta hentian rehat dan rawat, masjid dan kenduri kahwin sebagai sasaran.

 

”Ketika soal siasat, suspek turut mengaku terbabit dalam kegiatan itu di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

 

Mohd Khairiel berkata, polis masih menyiasat mengikut Seksyen379 Kanun Keseksaan dan suspek kini diserahkan kepada IPD daerah lain bagi membantu siasatan.

 

 

 

Sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…