Pecut 250 km/j atas Jambatan Pulau Pinang, pemilik ZX6R ditahan!

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam, pihak polis telah menahan seorang lelaki pemilik Ninja ZX6R atas kesalahan menunggang secara berbahaya di atas Jambatan Pulau Pinang, baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Video yang tular di laman media sosial itu merakamkan tindakan lelaki tersebut menunggang secara melulu serta membahayakan orang awam.

Malah, lelaki itu juga dilihat turut menguji kepantasan jenteranya apabila berjaya memecut sepantas 250 km/j di atas jambatan tersebut.

Berdasarkan hantaran di Facebok IPD Timur Laut Pulau Pinang, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran gelombang haba yang kini melanda Semenanjung…