Pecut jentera ‘F1’ di lebuh raya, polis cekup pemandu misteri setelah 6 tahun diburu

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang pemandu misteri jentera ‘F1’ di lebuh raya Republik Czech akhirnya ditangkap dan ditahan, lengkap memakai sut perlumbaan serta topi keledar, lapor akhbar Daily Mail pada Isnin.

Kereta lumba merah beberapa kali dilihat memecut di sebuah lebuh raya di Republik Czech sejak tahun 2019 tetapi identiti pemandunya tidak diketahui.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Rakaman video  semalam menunjukkan kereta tersebut meluncur laju di lebuh raya D4 sebelum berhenti mengisi minyak berhampiran Dobris.

Pemandu lain yang cemas segera memaklumkan kepada polis yang kemudian menjejaki kenderaan itu hingga ke sebuah kediaman di kampung Buk, kira-kira 60 kilometer ke barat daya Prague.

Seorang lelaki berusia 51 tahun, berpakaian lengkap pelumba merah bersama topi keledar ditahan di rumahnya, kata polis.

Media tempatan turut berkongsi rakaman video memaparkan dia bertengkar dengan pegawai polis selain enggan keluar daripada jenteranya.

Dia menuduh pihak berkuasa menceroboh kawasan persendirian sebelum akhirnya akur dan dibawa ke balai polis.

Seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai anaknya memberitahu media tempatan bahawa kira-kira 24 kereta polis bersama sebuah helikopter mengepung rumah mereka.

Kenderaan itu digambarkan di internet sebagai sebuah jentera Ferrari Formula 1.

Namun, artikel pada tahun 2022 oleh laman kenderaan, auto.cz menyatakan ia sebenarnya ialah Dallara GP2/08, sebuah kereta lumba yang dibina oleh pengeluar Itali, Dallara. 

Video di bawah:

 

DailyMail

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Mereka merupakan pasukan kedua yang memperlihatkan jentera F1 selepas pasukan Haas, namun menurut…
Gaya Hidup
  Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic,…
Sukan Bermotor
Difahamkan, imej jentera ini terbocor lebih awal sebelum acara pengenalan rasmi yang dijadualkan…