Pegangan pasaran 2018 Boon Siew Honda meningkat

oleh Penyumbang Rencana 2|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jenama motosikal paling dikenali ramai, Boon Siew Honda telah menunjukan peningkatan yang baik untuk jualan dalam pasaran tempatan.

Walaupun masih berada di tangga kedua selepas Hong Leong Yamaha, jualan Boon Siew Honda (BSH) meningkat 28.7 peratus untuk tahun 2018, berbanding dengan tahun 2017.

Untuk 2018, BSH menjual sebayak 156,000 unit motosikal dan di dalam tahun 2017, 121,000 unit.

Ia juga melihat peningkatan pegangan pasaran motosikal negara untuk BSH meningkat dari 26 peratus untuk 2017 kepada 30 peratus bagi 2018.

Wilayah tengah (Lembah Klang dan persekitarannya) menjadi pasaran utama BSH dengan jualan sebanyak 55,263 unit, 35.4 peratus dari jumlah keseluruhan jualan BSH.

Wilayah utara menjadi kawasan kedua tertinggi dengan 40,903 unit atau 26.2 peratus terjual.

Model RS150 R terbukti menjadi model utama jenama Honda untuk tahun 2018, dengan 43,948 unit dijual. 

Ini diikuti rapat oleh Honda Wave Alpha dengan 36,895 unit.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO BSH, Keiichi Yasuda, syarikat itu berjaya memperkukuhkan pasaran dengan memperkenalkan 12 model baharu tiga model dipertingkat untuk tahun 2018.

"Boon Siew Honda juga melancarkan wakil pengedar Honda BigWing dan Honda Impian X untuk meningkat kualiti pengalaman membeli bagi para pelanggan,"ujar Yasuda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Art of Speed 2017, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia tahun ini kembali lagi…