Pegawai kanan MBSA didakwa terima Toyota Vellfire

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima sebuah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire 2.5, enam tahun lepas.

Menurut laporan Bernama, Feroz Hanif Mohamed Ahmad, 47, yang memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan MBSA didakwa menerima untuk dirinya kenderaan itu yang bernilai RM325,000 daripada pengurus sebuah syarikat untuk perkara yang diketahui ada kaitan dengan tugas rasminya.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di pusat jualan kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara Utama pada 14 April 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Pejabat SPRM berdekatan setiap awal bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.

Mahkamah menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Permohonan reman antara dua hingga tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 November itu dikeluarkan…
Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…
Berita Domestik
Difahamkan kesemua suspek menerima wang rasuah daripada calon-calon peserta yang menghadiri ujian…